Friday, April 2, 2010

APCO DAN ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2010: “Saya mahu menyoal Perdana Menteri kerana jawapan lisan yang diberikannya tidak cukup untuk rakyat. Saya minta kerajaan menjelaskan apakah peranan sebenar Apco, berapa yang kerajaan bayar, siapa Apco, apa peranan dia Apco,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu Apco Worldwide, syarikat  perunding yang dikatakan pro Israel terus menjadi perhatian di Parlimen apabila syarikat tersebut dipercayai umum dilantik untuk menjayakan gagasan ‘Satu Malaysia’.

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Haji Mohamad Sabu mempersoalkan adakah tindakan menamatkan kontrak wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna mempunyai kaitan dengan dengan nasihat perhubungan awam Apco Worldwide.

Perkhidmatan wakil tetap tersebut, Datuk Mohamad Arshad Hussain ditamatkan bulan ini setelah dipanggil balik oleh Kementerian Luar awal Disember lalu.

Menurut laporan Bernama, beliau dipanggil balik "bagi perbincangan selepas undi Malaysia pada mesyuarat IAEA bercanggah dengan prosedur kerajaan".

Pada mesyuarat itu, Malaysia bersama-sama dengan Cuba dan Venezuela, telah mengundi tidak menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program penguraian uranium.

Tidak berapa lama selepas Najib menjadi Perdana Menteri, Apco membuka pejabatnya di Malaysia.

Menurut laporan Bernama, firma yang didominasi oleh tokoh-tokoh Yahudi itu menyatakan, tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai...


Akhbar The Edge dan laman berita Malaysian Insider tahun lalu melaporkan kerajaan Malaysia memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri untuk memulihkan imejnya yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene.

Pembelian jet Sukhoi diselubungi misteri.

1 September lalu, APCO Worldwide membuka cawangannya di Kuala Lumpur selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.

Di antara penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

No comments:

Post a Comment