| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 April: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak menolak kemungkinan penglibatan firma perunding APCO Worldwide mempromosikan 1 Malaysia mempunyai agenda tersembunyi khususnya mengekang kebangkitan umat Islam. "Mengambil contoh kerajaan mesir yang longgar memberi ruang kepada syarikat Israel masuk dan Mosad mengambil kesempatan tersebut. Rentetan itu berlakunya pembunuhan pengikut-pengikut Ikhwan Al-muslimin di Mesir," jelasnya. Penglibatan Apco juga katanya bermakna negara Malaysia telah masuk ke perangkap Zionis Israel. "Apabila syarikat konsultan wujud di di tempat strategik dalam pentadbiran negara sudah tentulah negara kita akan berdasarkan negara Israel itu sendiri," Sehubungan itu beliau memberitahu, pemuda PAS akan membuat siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan kepada seluruh rakyat berkenaan kesan penglibatan APCO terhadap negara. Penjelasan tersebut jelasnya tertumpu kepada persoalan apa itu APCO, negara kelahiran, hubungkait dengan Malysia dan ancaman terhadap keselamatan negara. "Pemuda akan membuat suatu roadshow diseluruh negara bagi menjelaskan apa itu APCO, dari mana asalnya dan apa hubungkaitnya dengan negara malaysia, dan ancaman terhadap kedaulatan Negara," katanya. |
Saturday, April 10, 2010
| http://gemasuara.blogspot.com/ |
| Saya akan tetap membangkitkan kaitan antara kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno dan APCO Worldwide demi kepentingan masa hadapan negara ini. Sikap lunak kerajaan terhadap Israel itu kami bantah kerana kini ia ternyata semakin parah kini berikutan tindakan kerajaan hari ini yang mengIsraelkan jentera-jenteranya yang bermula dalam bidang komunikasi dengan pengambilan APCO Worldwide dan kewujudan dua bekas pegawai tentera Israel untuk membina sistem komunikasi Polis Diraja Malaysia (PDRM). |
Asiasoft (M) Sdn. Bhd. - ancaman terhadap keselamatan negara,
| Dzulfikar Mashoor erapakatan |
| KUALA LUMPUR, 10 April: Pembabitan dua agen perisik zionis-Israel seperti yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen kelmarin seolah-olah menjadi ujian yang genting bagi Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri. Rakyat tentunya sedang menghitung pendiriannya ke atas Asiasoft (M) Sdn. Bhd., firma kejuruteraan komunikasi yang didaftar di Singapura, tetapi berpangkalan di Tel Aviv Israel. Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno seolah-olah sedang dibandingkan dengan Menteri Dalam Negeri sebelumnya, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar. "Alasan bagi membatalkan kontrak hanya akan diberi pertimbangan jika ada bukti kukuh ancaman terhadap keselamatan negara," Anwar membaca kenyataan Syed Hamid seperti yang diminitkan dalam suatu menyuarat khas pada 23 November dua tahun lalu, di bilik Tetamu Kehormat, KLIA. Dari kenyataan Anwar di Dewan Rakyat, Syed Hamid dan Kementerian Dalam Negeri sah menerima desakan dari dalam Bukit Aman sendiri supaya mengeluarkan Asiasoft dari membangunkan prasarana Sistem Laporan Polis (PRS). Dari minit itu itu, menyaksikan CP Datuk Mashuri Zainal (Pengarah Jabatan Logistik), Datuk Khairi (Cawangan Khas Bahagian Bukit Aman), SAC II Rosli Abdul Rahman (Timbalan III bagi Mashuri), Supt. Nik Mortadza (IT Bukit Aman, Supt. Wahab (Pegawai Khas Menteri) antara yang terbabit dalam pertemuan eksklusif itu. Itu belum disokong lagi dengan akuan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid pada 11 Ogos dua tahun lalu. "Haaa...perolehan baru ini yang melibatkan Israel," Anwar semalam membaca kenyataan Azmi seperti dirujuk pada minit mesyuarat PAC sendiri. "Ia (suatu) sistem yang begitu menakutkan, kemu semua (segelintir anggota PAC) tahu (bahawa) rakyat boleh akses semua maklumat tersebut." Pun begitu, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara (KPN) sendiri dilihat lebih tegas apabila skandal tersebut dibongkarkan. "Dah lama kita siasat...bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat itu (Asiasoft)," jelasnya kelmarin. Walaupun Musa tidak pula menjelaskan sejauh mana pembabitan Asiasoft serta dua agen zionis-Israel di Bukit Aman seperti yang didakwa Anwar, rakyat umumnya seakan mengaitkan inisiatif Musa itu dengan dakwaannya, iaitu ada pihak ketiga berpengaruh di PDRM. Anwar di Dewan Rakyat turut mempersoal status syarikat Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MPC) dan D.G.Kom Sdn. Bhd. (DGKom), iaitu dua syarikat kontraktor utama yang dilantik membangunkan PRS sejak 2001 lalu. Ini kerana, menurut Anwar, kedua-dua syarikat tersebut bertanggungjawab membatalkan perkhidmatan Kumpulan Sapura demi melantik Asiasoft sebagai sub-kontraktor bagi pembangunan Sistem Teknologi Maklumat PDRM. Ujar Anwar, surat cadangan untuk menamatkan perkhidmatan Asiasoft oleh Mashuri kepada Ketua Setiausaha KDN pada 3 Disember dua tahun lalu sebenarnya sudah memadai untuk kerajaan memutuskan hubungan dengan Asiasoft kerana 30 peratus saham dikuasai oleh Asiasoft (S) Pte. Ltd. Asiasoft (S) pula dikuasai oleh dua bekas tentera risik Israel, iaitu Izhak David Nakar dan Ido Schechter. Implisitnya, maklumat berkaitan keselamatan negara, menurut Anwar, bukan sahaja terdedah pada Singapura, malah Tel Aviv sendiri kerana Asiasoft Global Ptd. Ltd. berpangkalan di sana. Tidak cukup dengan itu, kredibiliti KDN terus dipersoal apabila aduan yang dibuat oleh anggotanya sendiri, Konstabal Nurul Mazuha Mahadi seakan diabaikan. Dirujuk pada laporan polis bertarikh 28 November dua tahun yang lalu itu, Nurul melaporkan tentang konspirasi yang membabitkan MPC dan Twin Technology Sdn. Bhd. Dilaporkan bahawa pengisytiharan pekerja oleh MPC sebagai pekerja MPC sebenarnya adalah pekerja Twiz berdasarkan semakan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Laporan tersebut sekali lagi menguji Hishammuddin untuk membuat perhitungan yang wajar sama ada untuk memutuskan hubungan negara dengan Asiasoft atau sebaliknya. Pada tahap ini, kalau tidak pun mengambil kira kebimbangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan rakyat sendiri berhubung kewujudan pengaruh zionis-Israel di tanah air, sekurang-kurangnya Hishammuddin wajar melayan gesaan Musa serta para anggota Polis yang lain atas nama memelihara keamanan negara. |
AWAS! NEGARA KITA DALAM BAHAYA! RAHSIA NEGARA BOLEH DIAKSES OLEH PIHAK LUAR!
Laporan tersebut dibuat kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi di Balai Polis Dang Wangi di ibu negara.
Dr Lo' Lo' berkata, beliau tampil membuat laporan itu ekoran pendedahan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen pada 30 Mac yang mengaitkan Apco dengan kerajaan Israel.
"Kita bimbang kerahsiaan negara boleh diakses oleh pihak luar. Kita tahu Apco mempunyai hubungan dengan Israel," katanya
Friday, April 2, 2010
APCO DAN ANWAR IBRAHIM
Isu Apco Worldwide, syarikat perunding yang dikatakan pro Israel terus menjadi perhatian di Parlimen apabila syarikat tersebut dipercayai umum dilantik untuk menjayakan gagasan ‘Satu Malaysia’.
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Haji Mohamad Sabu mempersoalkan adakah tindakan menamatkan kontrak wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna mempunyai kaitan dengan dengan nasihat perhubungan awam Apco Worldwide.
Perkhidmatan wakil tetap tersebut, Datuk Mohamad Arshad Hussain ditamatkan bulan ini setelah dipanggil balik oleh Kementerian Luar awal Disember lalu.
Menurut laporan Bernama, beliau dipanggil balik "bagi perbincangan selepas undi Malaysia pada mesyuarat IAEA bercanggah dengan prosedur kerajaan".
Pada mesyuarat itu, Malaysia bersama-sama dengan Cuba dan Venezuela, telah mengundi tidak menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program penguraian uranium.
Tidak berapa lama selepas Najib menjadi Perdana Menteri, Apco membuka pejabatnya di Malaysia.
Menurut laporan Bernama, firma yang didominasi oleh tokoh-tokoh Yahudi itu menyatakan, tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai...
Akhbar The Edge dan laman berita Malaysian Insider tahun lalu melaporkan kerajaan Malaysia memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri untuk memulihkan imejnya yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene.
Pembelian jet Sukhoi diselubungi misteri.
1 September lalu, APCO Worldwide membuka cawangannya di Kuala Lumpur selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.
Di antara penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.